Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, April 11, 2016

Raina dah sekolah darjah satu

Raina semasa di perhimpunan di sekolah kebangsaan

Tak tahu nak letak tajuk apa. Itu yang jadi tajuk kedengarannya agak skima : 'Raina dah sekolah darjah satu'. Tak kisahlah letak tajuk apa pun. Yang penting entri ni aku nak cerita pasal Raina yang dah pun melangkah masuk ke sekolah rendah beberapa bulan lepas. Orang lain dah lama update pasal anak sekolah. Aku baru terhengeh-hengeh nak update. Maklumlah mood menulis tu macam biskut. Kehkehkeh.

Anak aku dah darjah satu wei. Rasa macam tak percaya. Kadang-kadang bila aku belek-belek gambar Raina masa dia baby, tersentuh jiwa raga. Terdetik dalam hati yang anak aku cepat sangat membesar. Tup-tup sekarang dah darjah satu. Kalau tengok muka Raina sekarang ni pun dah terserlah muka anak dara. Ramai cakap muka Raina sekarang dah ke arah muka aku tak ikut muka papa dia macam masa dia kecik dulu. 

Seperti yang aku jangkakan, hari pertama persekolahan Raina ke sekolah rendah agak mudah. Alhamdulilah dipermudahkan. Raina tak menangis atau meragam. Dia lagi excited nak pergi sekolah. Sebelum sesi persekolahan bermula, boleh dikatakan hari-hari Raina tanya bila nak pergi sekolah. Tak tahulah Raina ni ikut perangai siapa sebab dia memang jenis tak takut dan tak menangis bila ke sekolah. Dari zaman dia ke weekend class iaitu kelas Elmo kat Bangi dulu then ke sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan seterusnya ke Genius Aulad, Alhamdulilah Raina tak menangis. Lagi dia suruh aku balik adalah. Padahal dia tak tahu mama dia kemain risau siap ambil cuti beberapa hari nak monitor dia pergi balik sekolah dan nak tahu keadaan dia kat sekolah.

Raina sekolah agama di sebelah pagi dan sekolah kebangsaan di sebelah petang. Cuma Raina biasanya meragam bila balik sekolah petang. Sebab dia selalu kabo kat aku dia penat sangat. Kasihan jugak sebab Raina tak biasa sekolah dari pagi sampai petang. Biasa aku balik kerja ambil anak-anak kat rumah babysitter, mulalah Raina buat muka nak tunjuk kat aku yang dia penat. Kadang-kadang masa aku nak ambil Raina dan Raifa kat rumah babysitter, Raina dah tertidur. Biasanya balik sekolah Raina mandi siap-siap kat rumah babysitter tu yang lepas mandi syok terus tertidur sementara tunggu aku ambil dia dan Raifa.. Itu yang terjadi kes buat homework waktu subuh. Hahaha. Ateee malam kejutkan buat homework meragam. Bangun pagi, baru terhengeh-hengeh kabo ada homework. Aku pun malas nak paksa sangat sebab faham dia belum dapat sesuaikan lagi diri dia sekolah pagi sampai petang. Penat sangat gayanya. Aku percaya lama-kelamaan Raina dapat sesuaikan diri dia dengan waktu persekolahan dia ni.

Raina dalam kelas di sekolah agama

Bila dah masuk ke sekolah rendah ni, kita memang kena double pantau keadaan anak kita. Sebab anak kita bukan lagi sekolah tadika yang boleh cikgu tengokkan itu ini. Jadi part paling aku risau adalah part Raina nak membeli kat kantin waktu rehat, part Raina nak ke toilet, part Raina naik transport ke sekolah dan banyak lagi hal yang remeh-temeh pun aku risau. Mak budak biasalah kan. Tapi perlahan-perlahan aku ajar satu-persatu kat Raina. Walaupun ambil masa sebab kadang-kadang Raina tak ingat arahan dan pesan aku, tapi bila dah hari-hari aku cakap benda yang sama, InsyaAllah Raina dapat uruskan diri dia kat sekolah.

Sebenarnya, Raina biasanya bawak bekal ke sekolah. Walaupun Raina bawak bekal ke sekolah, aku tetap bagi duit belanja hari-hari kat Raina. Ada sebab kenapa aku buat macam ni. Sebabnya aku tak nak anak aku meminta-minta duit kawan. Manalah tahu kot-kot anak kita teringin nak beli sesuatu kat kantin bila tengok kawan dia beli. Jadi sama ada Raina bawak bekal atau tak bawak pun duit belanja tetap aku bagi hari-hari. Kalau ada baki duit biasanya aku ajar Raina masuk tabung dia. Aku saiko Raina. Kalau nak naik kapal terbang, kena rajin simpan duit dalam tabung. 

Kadang-kadang, Raina bagitahu aku dia gunaka duit belanja dia beli barang kat book shop. Pernah jugak Raina request duit belanja lebih sebab nak beli barang kat book shop sekolah. Nanti balik sekolah dia tunjuk kat aku barang apa dia beli. Kadang-kadang beli tali pengikat bukulah pastu beli apa alatan sekolah yang sebenarnya tak perlu pun beli tapi dia terikut-ikut kawan beli. Hahaha.

Raina sebenarnya masih kompius lagi dalam urusan membeli sesuatu di kantin atau book shop. Dia biasanya hanya faham nilai duit kertas macam seringgit, dua ringgit contohnya. Kalau duit syiling, Raina masih tak berapa faham. Boleh tu bolehlah tapi kadang-kadang dia kompius jugak. Ok part ni aku dah start ajar urusan membeli dari zaman dia sebelum masuk sekolah rendah lagi. Aku dedahkan seawal mungkin urusan membeli dalam persediaan dia untuk masuk ke sekolah rendah. Caranya, kadang-kadang kat kedai runcit, aku bagi Raina duit then aku bagi kebebasan kat Raina nak beli apa dan Raina sendiri yang bayar barang yang dia pilih. Biasanya aku saja bagi duit kertas lebih dan baki duit mesti dalam duit syiling. Dari situlah aku ajar Raina. Kadang-kadang kat rumah pun aku praktikkan dengan Raina. Kami saja main jual beli barang pakai duit kertas dan syiling. Cara ni membantu serba sedikit Raina untuk gunakan skill dia membeli di kantin mahupun book shop.

Pada awal sesi persekolahan bermula, untuk sekolah kebangsaan, Raina pakai tudung. Kalau sekolah agama tu memang wajiblah pakai tudung kan. Tapi untuk sekolah kebangsaan, pelajar diberi pilihan samaada nak bertudung atau tidak. Mula-mula dulu aku tak tahu tau. Aku ingatkan pelajar-pelajar muslim sekarang ni wajib bertudung. So memang aku dah beli berhelai-helai tudung untuk sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Tapi masuk minggu ketiga kot, Raina makin kerap request kat aku yang dia tak nak pakai tudung. Ini semua terikut-ikut kawan. Tak silap aku dalam kelas Raina, memang ramai jugak rakan sebaya dia tak bertudung. Pada asalnya aku memang tak berapa setuju. Saiful dan ibu aku pun tak benarkan dan pujuk Raina untuk bertudung di sekolah kebangsaan. Tapi aku tak suka nak paksa anak. Sebab aku percaya tiba masa dia ready dengan ikhlas hati dia akan pakai. Itu macam aku dulu lah. Aku dulu memberontak protes masa sekolah rendah dan menengah tak nak pakai tudung. Belakang ibu ayah, sorok-sorok bukak tudung. Sampailah ibu ayah aku tahu sendiri. Tapi lama-kelamaan mereka dah tak paksa aku sebab diaorang tahu sampai masanya aku sendiri ikhlas nak berubah pakai. Biasanya budak yang sedang membesar ni lagi kita paksa lagi dia memberontak. Aku tak suka macam tu. Aku suka pujuk slow-slow sampai anak tu ikhlas sendiri nak buat sesuatu. Dalam masa yang sama kita cuba sekerap mungkin terapkan bagitahu kenapa kita suka sangat dia bertudung contohnya.

So now, Raina dah tak pakai tudung di sekolah kebangsaan. Tapi kalau pergi mana-mana sekarang ni kadang-kadang Raina nak jugaklah pakai tudung. Taklah kerap mana tapi kiranya Raina nak jugaklah sesekali tu pakai tudung. Contohnya macam malam tadi nak pergi Giant, Raina sendiri nak pakai tudung.  Dengan Raifa sekali ikut pakai tudung. Padahal aku cuma tanya je :  'Raina dengan adik tak nak pakai tudung ke? Pakai tudung kan cantik Allah mesti suka'. Terus laju je dua beradik tu cari tudung masing-masing. So pada aku jangan paksa anak. Biar anak buat ikut ikhlas hati dia.

Ni sebenarnya gamabr masa Raina balik dari orientasi di sekolah kebangsaan. Nampak macam anak dara sangat Raina dalam gambar ni

Baru-baru ni, Raina ada ujian awal tahun di sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Untuk sekolah kebangsaan, result boleh tengok secara online di website pendidikan Selangor kalau tak silap aku. Aku masa tu jakun jugaklah sebab sekarang dah canggih nak tengok result peperiksaan anak tengok melalui online je tak macam zaman aku dulu semua manual. Hahaha. Result Raina biasa-biasa je. Tak teruk sangat dan taklah cemerlang sangat. Sederhana. Aku puas hati untuk result Raina kali ni. Sebab aku nampak ada kemajuan berganda berbanding masa dia di peringkat tadika dulu. Tapi aku tengok Raina ni macam ikut jejak aku je. Subjek berkaitan pemahaman dan membaca dia dapat A. Bila tanya Raina, dia cakap dia suka subjek tu. Yang lain-lain kebanyakan berderet dapat B. Ada satu je kot C. Subjek apa entah aku dah lupa. Untuk sekolah agama pulak rata-rata keputusan untuk setiap subjek memuaskan. Alhamdulilah.

Baru-baru ni, Raina dapat hadiah dari cikgu dia. Bila tanya Raina, kenapa cikgu bagi hadiah? Dia jawab sebab Raina dah boleh membaca dan cikgu minta Raina ajar kawan-kawan membaca kat kelas. Bila ada parent dalam group whatsapp sekolah tanya cikgu kenapa ada antara anak mereka dapat hadiah. Cikgu pun bagi jawapan lebih kurang yang sama macam Raina bagitahu aku. Tiba-tiba aku rasa sebak pulak sebab bukan senang aku nak ajar Raina. Dulu dia huruf pun tak kenal. Aku sendiri berusaha sampai Raina boleh membaca walaupun kadang-kadang ada part yang Raina tak lancar lagi. 

Raina semasa di minggu awal persekolahan di sekolah kebangsaan. Masa ni minggu orientasi so kena pakai baju sukan

Bila dah sekolah rendah ni, kita sebagai mak bapak memang kena sentiasa pantau perihal anak. Kalau anak kita mengadu hal kat sekolah cuba tanya sebaik mungkin tapi jangan cepat naik angin. Cuba personal whatsapp cikgu ke tanya hal sebenar. Jangan tanya dalam group whatsapp. Lebih manis personal whatsapp. Kalau berkaitan kawan-kawan sekolah, try bagi solution kat anak. Kalau anak boleh control lagi keadaan tu kita biarkan dia belajar selesaikan hal tu. Kalau makin melarat baru kita ambil tindakan. Aku tak nafikan sejak Raina dah masuk sekolah rendah ni, ada macam-macam cerita Raina mengadu. Selalunya aku suruh Raina bersabar dan aku bagi solution kat Raina. Contoh kes kawan cubit Raina. Kawan ejek Raina. Aku biasanya suruh Raina tegas dalam hal ni. Kalau kawan tu buat sekali lagi, aku suruh Raina tanya kawan tu :

- Kenapa nak cubit saya? Mama saya bagitahu Allah tak suka orang macam ni
- Terima kasih sebab ejek saya. Semoga Allah balas apa awak buat kat saya (aku suruh Raina senyum) 

Biasanya aku suruh Raina guna pendekatan cara macam ni. Kalau Raina kata kawan dah tak cubit atau ejek dia lagi. Alhamdulilah. Kalau melarat masih buat perkara yang sama kita cuba solution yang lain pulak.

Sebab tu salah-satu alasan kenapa aku masukkan Raina ke kelas tekwando. Aku nak Raina kuat dan belajar sikap tegas dengan keadaan sekeliling dan ada pendirian. Dan aku plan lepas ni nak masukkan Raina ke kelas swimming. Ada sebab kenapa aku nak masukkan ke kelas swimming. Bukan untuk suka-suka. Tapi maybe bukan dalam masa terdekat ni. Sebab jadual Raina sekarang agak padat dengan kelas mengaji dia lagi. Tunggu slow-slow Raina dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru sesi persekolahan dia ni baru aku pertimbangkan untuk kelas swimming ni. Awal tahun hari tu, dah jumpa kelas swimming yang sesuai dekat dengan rumah pulak tu. Tapi masa tu macam kelang-kabut sebab masa kelas swimming tu hampir dengan masa kelas tekwando Raina. So aku holdkan dulu wishlist aku ni.

Oklah dah panjang sangat entri ni. Nanti ada mood update blog aku update lagi

2 comments: