Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, June 23, 2016

Persiapan raya aku yang simple


Gambar masa kat Sungai Wang rasanya. Masa ni temankan adik aku Bani buat spek baru dan dia nak shopping raya. Banyak jugak Bani shopping hari tu. Bani kabo dia lately busy so ada masa free hari tu sekali harung shopping. Bukan senang nak jumpa Bani sekarang ni. Asyik busy je. Hari tu berkonvoi satu Malaysia program kerajaan pastu cover news pilihanraya kecil kat Sungai Besar. Pastu dah jarang nampak dia sebab dia jarang balik Banting sekarang

Teruja pulak aku tengok kawan-kawan cerita pasal persiapan raya masing-masing. Tak kisahlah kat facebook, blog mahupun group whatsapp. Lately aku kurang aktif kat twitter dan instagram. Macam instagram tu ada jugak upload gambar kat situ cuba jarang mengodek sangat. Kang terlebih godek terjebak pulak shopping online kat situ. Kohkohkoh. So aku banyak tengok kawan-kawan bercerita berkaitan bersiapan raya biasanya di group whatsapp.

Tahun ni aku tak tahulah kenapa aku tak berapa teruja nak buat persiapan raya macam tahun-tahun lepas. Salah-satunya maybe aku busy berniaga. Tapi tahun lepas pun aku busy berniaga jugak. Sama je busy dengan jual baju Poney dan jual tudung. Walaupun ada sampingan produk lain yang aku jual. Tapi tahap busy jual tudung ni lain macam aku rasa. Maybe itulah salah-satu sebab aku tak teruja nak buat persiapan raya. Bayangkan aku hantar tailor jahit baju raya time dah masuk bulan Ramadhan. Bayar je lah berapa upah yang tailor cas. Itu pun rasa macam malas-malas benau nak hantar tempah baju raya.

Nak beli baju readymade, aku macam kurang berkenan walaupun sekarang dah macam-macam design baju raya ada. Pilih je mana yang berkenan. Sebab apa tau, aku selalu ada masalah baju sentenglah lengan baju terlebih panjanglah, jahitan tak sedap dipakailah dan beberapa isu baju readymade yang jadikan aku tak berapa suka beli baju readymade.

Lagi satu, maybe aku baru pindah rumah. Banyak jugak barang yang belum betul-betul kemas lagi. Banyak barang yang belum berkemas tu semua Saiful letak kat bilik belakang dan bilik anak-anak. Mood mendeco tu dah ada. Tapi tak sepenuhnya datang mood mendeco tu. Tergendala sebab busy berniaga. So aku decided tahun ni aku malas nak mendeco rumah. Plan tu dah ada siap nak buat itu ini berangannya. Tapi hari tu pergi Ikea, ingat nak sambar carpet idaman tapi dah sold out. Pastu ingat nak belilah benda lain. Baru nak ambil, Saiful bising katanya tahun ni tak payahlah semua nak baru. Pakai je apa yang ada kat rumah tu. Terus mak letak balik dengan buat muka sedih. Tapi ok jugak selamat duit boleh berjimat. Oklah lepas raya nantilah kita pikir pasal hal mendeco rumah ni ye. Sekarang ni kita kemas rumah simple-simple je lah dulu.

Tahun ni aku  dan Saiful decided baju melayu Saiful tak beli baru. Bukan tak nak beli baru, kebetulan Saiful dah ada baju melayu warna ikut tema tahun ni. Saiful pun jarang sangat pakai baju melayu. Pakai sesekali je. Pergi masjid pun dia biasanya pakai T-shirt je. Saiful pun kabo janganlah membazir. Baju melayu Saiful tu dah ada macam-macam warna ada. Sebab dari zaman kami bertunang lagi, asal raya je kami pakai baju raya warna sedondon. Sebelum bertunang pun tak silap aku kitaorang dah amalkan pakai baju raya warna sedondon. Sebab tu baju melayu Saiful dah ada macam-macam jenis warna.


Gambar minggu lepas. COD tudung kat customer terus pergi Ikea then pergi Empire Gallary shopping mall. Berbuka kat luar pastu sambung shopping raya. Kat situ Saiful balas dendam shopping baju casual dia

Tapi Saiful lepaskan dendam dia tak beli baju melayu baru, dengan borong baju casual minggu lepas. Beratus jugak habis beli baju dan seluar baru dia. Aku siap kabo, pakailah ikut stail patung tu (Merujuk patung kat butik). Eh eh laju je dia cakap ok boleh dan terus try baju dan seluar macam patung tu pakai dan terus decided beli. Bila dia try pakai tu dah serupa artis Kpop pulak mak tengok. Layan je lah. Kahkahkah.

Untuk anak-anak pulak, tahun ni baju yang beli kat website oversea rasanya tak sampai 10 helai. Entahlah mood nak membeli tu tak ada wei. Ushar punya ushar bila listkan mana nak beli eh ini je ke aku nak beli. Gitulah kekdahnya. Ada yang aku berkenan tak ada saiz. Ada yang ada saiz design tak berkenan pulak. Penyudahnya mohlah anak-anak kita beli kat shopping mall je. Lagi pun, Raifa dah besar ni senang sikit nak cari saiz dia kalau nak pakaikan mereka sedondon. Sedia maklum anak-anak aku ni masih kuat lagi perasaan diaorang untuk pakai sedondon. 

Kadang- kadang aku pulak dah bosan tengok diaorang pakai sedondon. Beberapa kali jugaklah aku beli baju sama design warna lain atau design lain tapi warna sama. Saja nak tukar citarasa. Tapi kadang-kadang tu diaorang boleh bergaduh wei pasal benda ni. Rainalah selalu kabo kenapa tak sama dengan adik? Raifa pun dah pandai komplen. Nak sama dengan kakak katanya. So layan je lah.

Macam biasa, untuk anak-anak selalu aku dan Saiful memnag lebihkan. Kami biasa-biasa je pun tak pe. Alhamdulilah kalau campur baju yang shopping kat website oversea, baju yang beli kat shopping mall dan baju yang hantar tempah tailor jahit termasuk gaun yang Dayu (geng blogger) jahitkan, lebih 10 helai sorang. Tapi beli banyak tu sebab beli time sales. Pastu siap ada offer tiga helai RM50. Memang memborong je lah aku kat situ.

Hari tu masa nak beli baju casual Saiful, sajalah gatal masuk butik Guess Kids, Nyaris-nyaris nak sambar kat situ. Dah siap pegang-pegang nak pergi bayar dah. Nasib baik tersedar awal, iman pun kuat lagi terus letak balik. Dulu masa anak sorang bolehlah aku layan beli baju anak  kat Guess Kids tu. Sekarang anak dua orang, rasa macam sayang benau duit nak membeli kat situ. Tak baik membazir. Ewahhhhh.


Ni gambar lagi beberapa hari nak masuk bulan Ramadhan. Masa ni dapatlah beli beberapa helai baju anak-anak sebab tengok ada sales. Jimat dan berbaloi-baloi. Ajak ibu dengan angah keluar. Kitaorang memang macam ni. Kalau tengah bosan ke tengah stress ke ajak ibu, ayah dan adik-adik keluar. Tapi biasanya ayah malas nak ikut. Sebab ayah tahu kitaorang berjalan sana sini sehari suntuk nanti mesti banyak berjalan. Ayah kan tengah sakit kaki. Yang bestnya suami masing-masing tak ikut tau. Diaorang bagi pelepasan kat kitaorang keluar jalan. Biasanya kitaorang jalan dari siang sampai malam baru balik. Ibu aku pun terjebak sama. Siap ajak ibu aku tengok wayang tapi ibu aku kabo tak payah nak wayang-wayang bagai. Kalau jalan-jalan boleh. Layankan aje perangai anak-anakmu ibu. Kahkahkah

Bukan senang kalau shopping bawak anak-anak. Jenis berlari-lari dalam shopping mall. Pastu nanti ada adegan berguling atas lantai. Siapa lagi kalau bukan Raifa. Raifa sekarang kuat merajuk tau. Tapi senang nak pujuk dia. Masa pilih baju anak-anak hari tu, pilih laju-laju. Pilih-pilih lebih kurang tanya pendapat ibu dengan angah terus bayar. Ini anak baru dua orang dah kelang-kabut peluh ketiak mak. Heeeee

Rasanya persiapan raya aku dah settle. Tinggal nak belikan kasut anak-anak je. Nak beli yang murah-murah je kali ni. Sebab bila beli yang mahal-mahal macam tahun lepas, ikut mood diaorang sarung seliper jugak diaorang. Sabau je lah. So tahun ni kita beli yang murah-murah tapi mama mestilah cari yang cantik-cantik untuk korang okeh. Murah tapi cantik. Aku dah aim nak beli kat Pertama Complex je. Sebab situ hari tu, aku belikan kasut boots Raina dan Raifa kat situ murah kemain. Pastu macam-macam jenis kasut ada kat situ. So rasanya memang aku beli kat situ je lah nanti.

Pastu baju basahan anak-anak tahun ni macam malas pulak nak membeli. Kebiasaan tiap tahun asal nak raya je aku memang memborong baju basahan untuk anak-anak. Tapi aku rasa macam lama sangat aku tak beli baju bahasan anak-anak. Tengoklah nanti macam mana. Ada mood shopping bolehlah membeli. Masalahnya mood shopping tu tak ada.Kalau keluar shopping mall pun aku belek-belek tapi tak beli. Macam hari tu pergi Sungai Wang dan Kenanga kat KL, banyak je blouse lawa-lawa, baju budak-budak yang lawa-lawa. Macam-macamlah ada kat situ. Tapi tak membeli sangat kat situ. Belek-belek je lebih. Adik aku Bani pulak yang banyak shopping hari tu. Ibu aku pun macam pelik je tengok aku. Biasa aku yang teruja lebih bab nak shopping-shopping ni.

Tapi bila tengok kawan-kawan upload gambar shopping sana sini teruja mak. Seronok tau. Walaupun hanya tengok gambar. Boleh mendatangkan semangat nak raya gitu walaupun mood nak raya aku ni tak tahu mana hilangnya. Lagi satu aku sebenarnya tengah risau pasal stock tudung Neelofa ni. Tak sampai-sampai lagi. Customer aku dah berderet whatsapp tanya. Itu pun punca aku stress sampai tak fikir pasal nak beraya ni. Harap dipermudahkanlah urusan berniaga aku ni. InsyaAllah

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete