Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, June 7, 2016

Selamat berpuasa geng

Selamat berpuasa geng. Raina dari sebelum bulan Ramadhan dah excited nak puasa katanya. Raifa pun kemain dengar kakak kata nak puasa dia pun nak sama puasa. Hamboi sangat. Macam tahun lepas tak silap aku Raina dapat berpuasa 10 ke 11 hari macam tu. Tahun ni kita tengok berapa hari Raina dapat berpuasa. Time cuti sekolah ni rasanya senanglah Raina nak puasa sebab tak penat sangat pagi petang pergi sekolah

Semalam bermulanya bulan Ramadhan. Aku rasa macam cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je puasa tahun lepas. Tup-tup masuk tahun baru dah masuk bulan Ramadhan. Alhamdulilah masih dapat berpuasa dan semoga puasa di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah.

Hari pertama puasa, aku hanya berdua dengan Saiful bersahur. Berbuka puasa semalam pun berdua je dengan Saiful. Sekolah kan tengah cuti dua minggu kan? Jadi ibu aku nak jaga cucu-cucu dia buat teman-teman ayah dan ibu kat rumah. So aku hantarlah Raina dan Raifa kat rumah atok dan tok wan diaorang. Kebetulan ibu aku pun tengah cuti panjang sebelum buka semester baru.

Kalau tanya Raina dan Raifa, nak pergi rumah atok dan tok wan tak? Mereka akan jawab nakkkkk dengan nada yang tak sabar-sabar. Suka sangat diaorang duduk dengan atok dan tok wan diaorang. Lagipun atok dan tok wan diaorang rajin melayan. Bawak pergi jalan-jalanlah. Pastu kalau nak apa-apa selalu boleh dapat. Lagi-lagi bab makan. Cakap je nak makan apa. Ibu aku mesti masak punya. Aku biasanya dua atau tiga hari sekali akan balik Banting tengok anak-anak. Rindu wei. Nasib baik rumah family dekat. Dalam setengah jam je dah sampai Banting kalau ikut jalan dalam Jenjarom tu dari Shah Alam.

Bulan Ramadhan aku biasa-biasa je. Macam biasa aku jenis jarang terjah bazar. Sesekali je kalau teringin. Biasa masak je. Masak pun simple-simple je. Macam semalam aku balik kerja, tengok Saiful dah siap masak dah. Aku tinggal nak makan je. Hahaha. Ate aku sampai rumah lewat. So kalau Saiful yang sampai rumah awal, dialah masak. Saiful ni sedia maklum memang suka memasak. Bukan aku yang paksa dia masak. Dia sendiri nak masak. Macam semalam dia masak ikan cencaru masak sambal. Masak sekali banyak pulak tu. Katanya untuk sahur sekali. Pagi tadi bangun sahur panaskan aje lauk berbuka semalam. Kitaorang laki bini memang jenis sempoi je bab menu berbuka dan sahur. Asal makan je. Cuma Saiful kena ada air panas macam kopi panas masa sahur. Itu memang wajib ada kalau bersahur. Pagi tadi masa bersahur, Saiful siap tanya aku nak makan apa buka nanti. Itu rasanya confirm dia yang nak masak menu berbuka hari ni. Senang kerja mak kalau hari-hari macam ni. Hahaha. 

Di sini, aku nak ucapkan kat semua pembaca blog aku selamat menyambut bulan Ramdhan. Semoga bulan Ramadhan kali ini lebih diberkati. InsyaAllah

3 comments:

  1. Selamat berpuasa nurul & family

    ReplyDelete
  2. Ramadhan Kareem.. semoga dikurniakan kesihatan yg baik utk menjalani ibadah puasa ☺️

    ReplyDelete
  3. Hi Jamian, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete