Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, September 20, 2016

Mood bekerja makin merundum

Stress buat report


Lately apa yang aku perasan, mood bekerja aku makin merundum. Paling teruk aku rasa start bulan Julai hari tu. Masa tu company aku decided tukar semua sistem baru untuk department aku. Sistem payroll, sistem HR record dan sistem thumb print. Bayangkan sekali serentak tukar sistem. Masa tu bila manager aku tanya aku boleh atau tak boleh aku control dan handle. Aku cakap aku cuba. Sebab perangai aku suka jugak belajar benda dan perkara baru. Sekurang-kurangnya aku dapat ilmu baru.

Tapi dalam pada aku kata boleh dan cuba tu, aku gelabah ayam jugak wei. Pastu macam menyesal pulak cakap kat manager aku yang aku boleh dan cuba buat. Kenapa aku tak cakap tak naklah tukar sistem. Pakai sistem lama je senang. Kahkahkah.

Walaupun aku ada assistant baru untuk new staff yang banyak jugak tolong kerja-kerja aku lately, tapi segala report semua atas tanggungjawab aku jugak. Aku bukan buat bahagian HR saja. Tapi aku bertanggungjawab dalam payroll system. Kalau setakat 10-20 pekerja aku rasa aku boleh duduk rileks je kot. Ini beratus-ratus pekerja yang mana aku kena bertanggunjawab segala kaitan report payroll sebelum di hantar ke bahagian account. Serius aku benci sistem baru ni. Bagi aku, sistem ni agak payah untuk aku. Puas dah aku study dan explore, hasilnya sama je. Aku jadi give up.

Dan dalam sejarah masa bulan Julai yang lepas, aku kena marah teruk dengan manager aku. Bayangkan apa perasaan korang kalau seorang manager kata report aku macam 'sampah'! Meleleh air mata wei. Tapi aku tak macam dulu menangis depan orang. Aku tahan-tahan nak keluar air mata. Dalam kereta atau kat rumah baru aku menangis. Sistem semua sistem baru, report aku tak sama dengan report manual aku. Gaji dah set nak kena keluarkan sebelum 7hb. Tak ke kau menggelabah ayam. Berpeluh nak check satu-persatu mana silapnya report aku tu. 

Dalam masa yang sama, aku banyak audit nak kena settle kan. Korang ingat kerja macam aku tak ada audit. Terlalu banyak audit okeh. Audit berkait-kait semuanya. Audit pasal HR lah pasal EHS lah pasal overtime pekerja lah bla bla bla. Serius aku stress.

Memang aku dah buat kerja ni bermain dengan sistem hampir 10 tahun dari company lama. Tapi bila mana kau dah biasa dengan sistem lama dan alih-alih tukar sistem baru, pastu orang atasan akan push kau tak kiralah alasan kau  apa pun, tak ke kau jadi stress tahap tertinggi. Dalam sejarah aku rasa sepanjang aku bekerja dalam bidang ni, aku stress sampai macam ni sekali.

Dengan aku nak handle bisnes online, nak handle group kutu lagi. Aku kadang-kadang tak tahu mana aku boleh kumpul kekuatan aku, bangkit semula untuk aku terus kuat. Ikutkan aku tak kuat mana nak hadap semua benda-benda ni. Tapi nak tak nak aku kena hadap jugak. Dah namanya kehidupan.

Ada satu tahap, aku rasa aku nak berhenti kerja pastu nak cari kerja yang senang-senang yang tak banyak fikir. Tapi nak kerja apa? Kerja mana-mana pun ada tahap stressnya. Cuba banyak dengan tak banyak je lah kau rasa stress tu. Tapi dalam keadaan aku ni, aku rasa tahap stress aku dah paras hidung ni. Kahkahkah.

Aku rasa aku nak beralih angin. Tapi masih terfikir-fikir. Aku tak naklah buat keputusan terburu-buru. Harapnya aku boleh serasi dengan sistem baru tu dan masih bertahan kat sini. Kalau tak tahan sangat moh lah kita cuba beralih angin. InsyaAllah rezeki ada kat mana-mana. Yang penting usaha. Ewahhh gitu

No comments:

Post a Comment