Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, October 19, 2016

Sesekali lepak berdua


Mata aku bengkak dalam gambar ni, sebab baru lepas menangis. Menangis sebab aku laki bini baru perasan yang gelang emas anak-anak aku hilang ke mana aku lupa letak mana. Laki aku pujuk keluar makan nasi lemak sedap

Aku memang jarang keluar berdua dengan Saiful. Kitaorang kalau keluar mesti nak bawak anak-anak. Adalah sesekali keluar deting berdua tapi bukanlah selalu. Biasanya ibu aku nak jaga Raina dengan Raifa kalau ibu aku tengah cuti panjang masa cuti PLKN. Ibu aku kan kerja kat PLKN. So memang ada time-time tu PLKN cuti panjang. Hah masa ni kalau ibu aku nak jaga Raina dengan Raifa memang keraplah kitaorang keluar berdua. Kekadang best jugak. Layan movie tengah malam, lepak minum makan tengah malam kat luar. Dah serupa macam zaman bujang dulu je. Hahaha.

Biasanya anak-anak aku memang suka duduk rumah atok dan tok wan time cuti sekolah. Ibu aku suka masak sedap-sedap pastu suka layan kerenah cucu-cucu dia. Sama jugak dengan ayah aku. Kalau anak-anak aku kat rumah family aku, biasanya dua hari sekali mesti aku balik Banting tengok anak-anak. Kadang-kadang tu hari-hari aku balik. Tak boleh wei teringat-ingat.

Pernah beberapa kali tu, masa tu bulan puasa baru-baru ni. Ibu aku cuti panjang. Jaga Raifa. Ibu aku selalu kata boring kat rumah kalau tengah cuti. Ada bebudak tu boleh buat teman-teman dia kat rumah katanya. Masa tu Raina sekolah so tak bolehlah duduk dengan atok dan tok wan. So ibu aku jaga Raifa je. Masa berbuka puasa, meleleh air mata aku. Dah Saiful gelabah ayam tengok aku menangis. Lepas solat terawih terus balik Banting. Itu nasib baik rumah family dekat je kat Banting.

Bagi aku kalau sesekali spend time keluar berdua tu elok jugak. Kot-kot ada benda nak bincang ke. Masa tu lah kita boleh cakap macam-macam topik. Pastu masa ni biasanya Saiful suka melayan je apa aku nak. Aku ajak pergi mana-mana dia ikutkan je. Hihihi.

Aku ni sejujurnya bukanlah lembut dan romantik orangnya nak berkasih sayang bagai dengan laki. Sebab perangai aku macam kasar sikit orangnya. Macam tak best pulak guna perkataan kasar. Senang kata aku ni orangnya jenis selamber. Biasanya kalau keluar berdua, laki aku yang beriya-iya tarik tangan aku nak pegang tangan ke suapkan aku makan. Kekadang datang perangai kelakar dia, memang tak jangka apa dia buat. Contoh pernah Saiful tinggalkan nota selit letak dalam purse aku. Terharu je kalau baca nota tu. Hah itu kalau datang perangai ala-ala romantik dia lah tu kekononnya. Itu lah perangai laki aku yang aku kenal. Kalau ikut aku sempoi je orangnya. Tak payah nak acah-acah lembut kalau dah memang bukan diri kau macam tu. Ye dak? Hahaha.

Sejak kebelakangan ni, aku macam cukup terharu dengan Saiful. Lately dia rajin ajak aku solat jemaah dengan anak-anak. Pastu lepas solat baca doa pastu doakan aku dan anak-anak macam-macam. Makin rajin masak. Kekadang aku basuh baju tapi penat tertidur kat sofa. Nanti terjaga dari tidur tengok Saiful dah sidaikan baju semua siap. Lately aku perasan perangai dia macam rajin semacam. Bukan nak puji sebab perangai aku tak sukalah nak puji laki sendiri bukan dapat apa pun. Tapi apa yang aku perasan perangai dia banyak berubah sekarang. Tak tahu macam mana aku nak gambarkan dengan penulisan. Tapi ini yang aku rasa yang laki aku banyak berubah.

Untuk awak Comel,

Hari Isnin hari tu awak ada tanya saya, kenapa saya jarang sangat sekarang panggil awak Comel macam dulu-dulu.

Walaupun saya jarang panggil awak Comel sekarang, tapi saya tetap panggil awak Comel jugak kan walaupun tak sekerap dulu. Saya pernah cakap kat awak, yang awak tetap Comel kat mata saya. Senyum sikit. Senyum sampai telinga tau (Pinjam ayat laki aku kalau pujuk aku)

Ewahhh. Gedik tak jawapan aku. Tapi inilah realitinya aku memang panggil Saiful dengan panggilan Comel dari zaman kami belum bertunang lagi. Cuma sekarang sejak dah ada anak-anak tu, kekadang rasa segan nak panggil Comel sebab anak-anak suka mengikut apa aku cakap. Hahaha

1 comment:

  1. aku tgk saiful ni,mcm nampak raifa tgh senyum kt aku, haha

    ReplyDelete