Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, January 14, 2016

Raina dan ujian diagnostik darjah satu

Raina dan kawan-kawan masa kat Genius Aulad. Aku tahu nama kawan dia rapat Syaza je. Yang sorang lagi Raina pernah bagitahu nama tapi aku lupa. Kemain nampak hepi je anak dara aku ni

Aku daftarkan Raina sekolah rendah melalui pendaftaran online tahun 2014. Masa tu tak silap aku, baru habis pantang kot. Itupun ada kawan bagitahu. Kalau tak aku pun tak tahu kena daftar online. Zaman sekarang ni canggih sangat semuanya online. Aku terfikir kalau mak bapak yang duduk jeruk kampung tak reti online. Macam manalah agaknya. Sebelum aku registerkan sekolah Raina, aku refer babysitter anak-anak aku dulu. Sebab dah confirm nanti Raina kena transit kat rumah babysitter. Bila Kak Zurin bagitahu suruh pilih sekolah area Bukit Rimau so aku pun terus pilih sekolah area Bukit Rimau. Lagipun anak-anak Kak Zurin semua sekolah area Bukit Rimau. Nasib baik aku tanya babysitter. Kalau tak aku dah nyaris-nyaris nak pilih sekolah area Kota Kemuning. Lagipun senang kalau Raina satu sekolah dengan anak-anak babysitter,  senang nak carikan transport.

Selepas pendaftaran online, kena pulak buat pengesahan kat sekolah yang di pilih. Apalah banyak sangat step nak masukkan anak sekolah. Siap kena sediakan sampul surat bersetem. lepas buat pengesahan kenalah tunggu surat dari pihak sekolah sama ada berjaya ke tak anak dapat tempat kat sekolah yang di pilih tu. Masa ni aku berharap sangat Raina dapat sekolah yang aku pilih tu.

Aku pun dengan sabar menunggu surat dari pihak sekolah. Sampailah satu hari tu, mak Syaza (mak kepada kawan baik Raina kat Genius Aulad), whatsapp aku. Mak Syaza kata dia dah dapat surat minta Syaza hadir ke ujian diagnostik. Tempoh surat yang mak Syaza dapat tu beberapa hari sebelum tarikh ujian diadakan. Masa tu aku tak dapat lagi surat tu. Tak ke aku gelabah ayam tak senang duduk. Tak silap aku, surat tu aku dapat sehari sebelum ujian diagnostik tu. Pastu mulalah risau macam mana Raina masa ujian diagnostik tu. Kemain zaman sekarang ada ujian penilaian macam ni sebelum masuk darjah satu. Rupa-rupanya ujian diagnostik ni di buat untuk menentukan kelas anak kita nanti. Kasihan kat budak-budak je. Tak sepatutnya umur macam diaorang ni nak ada ujian penilaian nak tentukan kelas. Bila tanya Raina, soalan pasal apa. Raina kata ada bahasa melayu, matematik dan bahasa inggeris. Aku terfikir macam mana kalau budak sebaya Raina yang masih tak boleh membaca. Tak ke kasihan. Sebab tu aku rasa tak patut ujian diagnostik ni.  Masa aku darjah satu dulu, baru nak terkial-kial kenal huruf. Tapi zaman sekarang masuk je sekolah rendah dah kena pandai membaca dan mengira.

Hamboi kemain masing-masing. Baru pergi ujian dianostik tapi gaya macam dah senior kat sekolah tu

Sebelum sesi persekolahan bermula, aku dah dapat tahu Raina kelas mana. Masa tu kebetulan aku laki bini bawak anak-anak keluar nak beli keperluan sekolah Raina sambil berjalan. Singgah sekolah Raina dengan niat nak pergi koperasi beli buku sekolah. Tapi koperasi tutup pulak. Jalan-jalan terbaca kat papan kenyataan senarai nama pelajar darjah satu dan kelas. Nak kepastian masa kat office, aku gugel cari maklumat sekolah. Terjumpa blog pusat sumber sekolah update senarai nama pelajar dan kelas. Tak kisahlah Raina kelas mana. Janji dia pergi sekolah dan belajar. Lagipun Kak Zurin cakap selalunya pertengahan tahun akan ada ujian untuk pertukaran kelas. So aku rasa masa ni barulah sesuai budak-budak di nilai tahap penggajian diaorang selepas beberapa bulan bersekolah. Bukannya awal-awal dah ada ujian pastu dah tentukan kelas.

Aku cuma harap Raina serasi dengan sekolah baru dan dapat belajar ikut keselesaan dia sendiri. InsyaAllah. Sekarang Raina sekolah sesi pagi dan sesi petang. Sebab Raina sekolah agama sesi pagi dan sekolah kebangsaan sesi petang. Next time aku cerita perihal Raina di sekolah baru dia pulak

Tuesday, January 12, 2016

Entri basi : Majlis Konvokesyen Raina Evaqairina di Genius Aulad


Lama betul tak update blog. Serius kali ni aku sibuk sangat. Kerja aku ni jenis setiap awal dan akhir bulan memang confirm sibuklah. Pastu bila akhir tahun dengan awal tahun je aku mesti macam akan sibuk semacam yang akan buat aku rasa gelabah ayam gitu. Sebab masa ni lah banyak report aku nak kena siapkan. Report untuk setahun. Report untuk appraisal, bonus (doakanlah ada bonus. Hihihi), Performance sepanjang setahun kerja. Ada peningkatan ke, biasa-biasa je, makin teruk ke ataupun tahap yang sama je. Pastu ada report-report lain selain report untuk audit. Serius aku memang sibuk sangat sekarang ni.

Hari cuti pun aku masuk office buat kerja sampai malam. Kawan aku dah balik. Aku masih kat office sesorang kemain kusyuk buat kerja sampai tak perasan dah malam. Report aku baru je submit ke manager aku semalam. Hari Jumaat lepas, aku dah serahkan report aku ke bahagian lain untuk proses key in pulak. Minta kerani office tolong. Sebab aku memang dah gelabah macam apa sebab banyak benau nak kena buat.

Ok kita terus ke tajuk entri. Kau ni mesti nak membebel dari tajuk asal dulu kan Nurul. Hahaha. Tangan laju je taip. Apa nak di kato. Layankan je lah. Masa bulan November tahun lepas, (Tengok betapa lamanya aku peram cerita ni) school Raina buat masjlis konvokesyen. Masa tahun sebelumnya ada jugak majlis konvokesyen, tapi masa tu Raina baru 5 tahun, masih malu-malu bila dia kat atas pentas. Rasanya aku tak buat pun entri masjlis konvokesyen Raina yang lepas. Sebabnya aku malas. Hahaha. Tapi kali ni, nampak Raina tak malu-malu lagi atas pentas. Elok je dia tersengih-sengih kat atas pentas tu. Konvokesyen kali ni memang aku teruja lain macam bila mana Raina cakap dia kena jadi 'sotong'. So kemain gigihlah aku cari baju, seluar dan tudung ala-ala berupa sotong. Tapi aku pelik jugak ni kenapa teacher Raina suruh Raina pakai baju warna biru. ada ke sotong warna biru? Kompius mak tau.

Majlis konvokesyen Raina ni di buat sebelah malam kat Auditorium Dewan Sivik MBPJ. Majlis konvokesyen ni bergabung dengan cawangan Genius Aulad Cyberjaya. So nampaklah kemeriahan bila digabungkan Genius Aulad Shah Alam dan Cyberjaya ni. Masa ni Saiful tak dapat join. Tak dapat cuti kena dia kerja. So aku importlah ibu aku temankan aku malam tu. Rasa tak confident pulak nak drive berdua dengan Raifa malam-malam. Disebabkan aku dari Banting so aku terlewat sikit sampai hari tu. Nasib baik masa aku sampai tu, baru nak mula performance dari kelas Raina.

Nampak Raina enjoy masa atas pentas. Seronok aku tengok. Dengan costume sotong. Aku sediakan basic costume je. Yang selebihnya pihak school yang sediakan. Tapi tak ada gambar jarak dekat pulak time Raina pakai costume sotong tu. Aku tak banyak ambil gmbar pun hari tu.

Alhamdulilah dah selesai pengajian Raina peringkat tadika. Nampak ada peningkatan semasa Raina di Genius Aulad. Raina dah boleh membaca walaupun tak selancar mana. Kalau dua suku kata tu lajulah dia baca. Masuk tiga suku kata dia tak berapa lancar. Raina macam ambil masa berfikir sebelum dia baca satu-satu ayat tu. Kadang-kadang Raina whatsapp aku guna hp tok wan. Masa cuti sekolah hari tu, ibu aku jaga Raina dengan Raifa. Sebab ibu aku cuti panjang. So dia nak jaga cucu-cucu dia. Masa ni kemain Raina asyik main hp tok wan dia berwhatsapp. So sekarang kalau ada apa-apa kat whatsapp yang tak sesuai untuk budak kecik baca baik clearkan conversation awal-awal. Sebab Raina dah pandai godek hp dan baca whatsapp. Hahaha.


Raina dah boleh sikit-sikit hafal bacaan dalam solat. Kadang-kadang, aku duduk sebelah dia check bacaan solat dia. Nampak ada sikitlah peningkatan. Alhamdulilah. Lagi satu subjek matematik nampak memberansangkan. Kalau dulu rasanya apa pun dia tak berapa tahu kecuali kenal nombor je. Sekarang kalau bab campur dan tolak tu dia dah boleh. Aku kadang-kadang ajar dia dalam urusan membeli kat kedai, aku bagi duit pastu aku tengokkan je. Pastu aku akan tanya berapa baki yang sepatutnya dia dapat kalau bagi duit sekian sekian sekian. Saja je aku ajar macam tu sebab tahu masa sekolah rendah kot Raina nak pergi kantin sekolah membeli kan?

Raina ni taklah hebat sangat macam orang lain. Ada anak kawan aku tu kemain hebat menang juara pertandingan macam-macam peringkat tadika. Aku siap teruja dengan anak kawan aku tu. Raina ni dia biasa-biasa je. Aku percaya setiap budak ada je kelebihan masing-masing. Bagi aku asalkan Raina dah tahu basic kenal huruf dan nombor, dah tahu basic membaca dan mengira, dah ada penigkatan dalam confident level, boleh berdikari dan bergaul dengan kawan-kawan kat sekolah dan boleh berkomunikasi dengan baik aku rasa dah ok kot. Aku dulu pun bukan tergolong dalam budak pandai mana pun tapi dapat jugak jejak masuk universiti. So kita tak payahlah nak push anak sangat. Jangan bagi anak stress. InsyaAllah anak kita akan belajar ikut acuan kebolehan dia sendiri nanti.

Sekarang Raina dah darjah satu. Sekejap je kan anak aku dah sekolah rendah. Nanti kalau rajin aku cerita lain entri pasal hal ni