Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, February 18, 2016

Keletah Raifa Evaqaleefa

Masih tak dapat idea nak mulakan cerita perihal Raina darjah 1 dan sekolah Raina. Aku cerita pasal Raifa dulu untuk entri ni. Sebab aku rasa banyak sangat dah keletah-keletah Raifa yang mencuit hati sejak kebelakangan ni. 

Raifa dah genap umurnya 2 tahun 23hb Januari bulan lepas. Sekejap je Raifa dah 2 tahun. Nanti kalau rajin aku cerita pasal ni. Celebrate kecil-kecilan je tahun ni. Tak ada birthday party macam tahun lepas. Sebab plan aku memang nak bawak anak-anak holiday this year sempena birthday diaorang. Senang kata bawak pergi jalan-jalan. Jalan dekat-dekat je pun. Tapi tak kisah asalkan diaorang happy. Hari tu  masa cuti panjang chinese new year dah bawak diaorang pergi ke Melaka, Port Dickson dan Genting Highland. InsyaAllah ada rezeki aku nak bawak diaorang next holiday pulak. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

Raifa sekarang ni dalam proses belajar bercakap menggunakan ayat yang agak panjang-panjang. Kalau dulu Raifa bila bercakap sepatah-sepatah. Tapi sekarang ni dia dah pandai menggabungkan 2,3 patah perkataan bila bercakap. Aku perasan sejak ibu aku jaga Raina dan Raifa masa cuti sekolah sebelum Raina masuk darjah 1 hari tu. Kebetulan ibu aku cuti panjang so masa musim cuti sekolah tu memang ibu aku banyak jaga Raina dengan Raifa. Ibu aku memang pantang kalau cuti panjang mesti kabo kat aku nak jaga Raina dengan Raifa. Masa ni lah aku perasan Raifa dah banyak perkataan baru yang dia guna bila bercakap.

Contohnya :

- Ya, nak susu (Tok wan nak susu. Raifa sekarang panggil tok wan dia dengan panggilan 'ya'. Dulu dia panggil 'wen' atau 'wa' . Tapi sekarang dia panggil 'ya'. Lagi satu dulu dia sebut susu tu 'mimilk' sekarang dia lagi selesa sebut susu)

- Naaa, asuklah (Raina masuklah)

- Mama nak kut (Mama nak ikut)

- Ya nak udu (Tok wan nak sudu)

- Mama kak ju (Mama buka baju)

- Nak gi ne? Olah ye? ( Nak pergi mana? sekolah ye?)



Raifa dah pandai memilih. Baju atau kasut yang dia tak berkenan nak pakai dia akan menangis semahunya tak nak pakai. Kita paksalah macam mana pun. Dia tetap dengan pendirian dia. Payah biasanya mak pujuk suruh dia pakai benda yang dia tak suka pakai contohnya kasut. Raifa ni sekarang lagi suka pakai seliper. Aku ni dahlah macam ada kepantangan tengok budak kecik pakai seliper bila keluar berjalan. Tapi sekarang ni dah tahap pasrah je bila anak-anak aku kekadang tu nak jugak pakai seliper daripada pakai kasut. Apa-apa je lah anak-anak. Mak korang malas nak jadi tarzan dah. Mak korang layankan je kerenah korang. Hahaha.

Raifa ada satu perangai yang dia macam pendengki dengan Raina. Apa yang Raina pegang barang atau apa-apa je lah dia automatik akan jadi pendengki dengan kakak dia. Contohnya Raina pegang buku mewarna. Padahal sebelum tu dia tak hairan pun dengan buku mewarna tu. Tapi bila kakak dia pegang je terus dia nak buku tu. Kadang-kadang dia rampas je dari Raina. Masa ni lah terjadinya pergaduhan adik-beradik. Adoiii aku pulak stress tengok dua beradik ni bila berebut barang. Raina pulak jenis tak nak mengalah. Biasa aku suruh jugak Raina mengalah bagi kat adik dia. Dah dua-dua menangis. Anak baru dua orang ni. Dah macam ni keadaannya. 

Pastu bila barang dah dapat ke Raifa, dia belek-belek kejap je pastu dia tak nak dah barang tu. Itu yang aku cakap Raifa ada macam perangai dengki dengan Raina. Hai anak-anak not good okeh perangai ni. Tapi aku selalu jugak pujuk Raifa cakap macam-macam, tak lama tu biasanya Raifa lembut hati dia bagi balik kat kakak dia. Tapi ikut mood dia jugak. Rainalah kena pasrah pasal dia kakak. Bertabahlah Raina ye.





Raifa suka ikut apa yang kita cakap. Contohnya aku tengah borak dengan Saiful. Nanti dia pun ikutlah apa yang kita cakapkan. Maybe dia tertarik nak cuba belajar apa yang kita cakapkan walaupun pelat dan tak berapa faham apa yang dia cuba cakapkan.

Raifa ada dua benda yang dia paling suka. Satu kucing. Dari sebelum umur dia setahun memang dah perasan dia minat kucing. Sebab tu tahun lepas birthday party dia thema Hello Kitty. Sampai sekarang Raifa suka dengan kucing. Pantang nampak nanti mulalah dia menjerit 'catttttt'. Lagi satu dia suka sudu. Sekarang ni kalau tidur pun dia nak pegang sudu. Apatah lagi nak makan ke nak main ke nak keluar berjalan ke. Biasanya dia request nak pegang sudu. Pelik jugak aku ni. Kalau balik rumah family aku, ibu aku siap dah sediakan satu bekas penuh sudu untuk Raifa pegang. Ke hulur ke hilirlah Raifa bawak bekas baldi palstik penuh sudu. Dia boleh menangis beriya-iya kalau kita tak bagi pegang sudu. So janganlah pelik kot nampak anak aku pegang sudu kat shopping mall. Hahaha. Tapi selalunya aku pujuklah kalau nak keluar sudu tinggal dalam kereta ke letak dalam beg ke. Mak segan kang orang tengok dah kenapa budak ni pegang sudu. Hahaha.

Raifa sekarang ni dah mula kenal nombor. Kalau huruf tu dalam proses nak belajar-belajar lagi. Kalau nombor ni dia macam laju je ingat walaupun susunan nombor tu tak betul. Aku syak dia belajar bila aku tengah ajar Raina. Dia kan biasa duduk sebelah. So dia belajar dari situ. Nanti kalau pegang sudu contohnya, dia tengah main sudu sambil dia kira. Kalau nak apa-apa dan kita tanya adik nak berapa. Dia pun kekonon kira-kira pastu jawab.

Lagi satu, Raifa ni penggeli dengan habuk ke pasir. Perangai ni sama macam kakak dia. Kalau ada habuk ke pasir melekat dia boleh bantai menangis-nangis kekadang tu. Ada hari tu habuk melekat kat tangan dia. Menangis-nangis sambil cakap ma...lat,lat. Maksudnya ada ulat melekat kat tangan dia. Padahal habuk je pun. Sabau je lah. Kalau kasut ke seliper dia ada habuk sikit memang dia tak mahu pakai sebab dia kabo ada ulat. Pastu siap buat muka geli sambil menangis. Ikut perangai siapa tu. Macam ikut perangai aku je. Hahaha. Banyak lagi keletah Raifa cuma aku dah malas nak taip. Boleh gitu? Hahaha. Mood nak update blog ni up and down lah sekarang ni. Tapi aku try untuk update jugak okeh

Friday, February 12, 2016

Hotel best di Melaka : The Pines


Hoi macam lama dah tak update blog. Serius busy wei. Rasa macam banyak sangat entri kawan-kawan seangkatan yang aku tak baca lagi ni. Slow-slowlah nanti aku cuba baca. Tak boleh tak baca kot-kot ada entri best kan. So kena baca. Hahaha.

Patutnya aku nak update perihal Raina darjah satu dan sekolah Raina tapi macam tak ada idea nak mulakan dari mana. So aku skip dululah. Harap ada kerajinan aku update kemudian nanti. Aku nak cerita pasal percutian aku ke Melaka last week. Percutianlah sangat. Melaka je pun. Kan cuti panjang sempena perayaan chinese new year Isnin dan Selasa hari tu kan. Macam bosan pulak kalau tak berjalan atau buat aktiviti berfaedah cuti lama-lama ni. Lagipun macam dah lama sangat tak bercuti tidur hotel. Semuanya last minute. Kisahnya masa aku dok sibuk nak cari hotel kat agoda.com untuk percutian akan datang, entah macam mana aku terbooking hotel The Pines ni sekali. Mak tak boleh tahan keinginan sebab mak rasa hotel  ni cantik okeh. Baca review rata-rata kata puas hati dengan hotel ni.

Lepas settle booking beberapa hotel (kemain beberapa hotel. Dua hotel je pun. Kahkahkah), aku dah teruja lain macam. Entah macam mana beberapa hari sebelum date aku ke The Pines, aku dapat email dari agoda.com kabo diaorang tak boleh deduct duit pembayaran hotel dari debit card. Aku dahlah excited nak pergi hotel tu. Boleh pulak dapat email macam tu. Baca sana sini, gugel itu ini, ramai kata kalau nak book hotel melalui booking.com dan agoda.com kena pakai card creadit. Eh eh sebelum ni aku buat ok je. Bila aku ingat-ingat balik baru aku perasan selama ni aku booking, aku cari hotel yang boleh buat pembayaran kat kaunter hotel terus. Aku booking je dulu. Cehhhhh.

Pastu entah macam mana, aku terjumpa satu blog ni yang cerita detail habis pasal penggunaan debit card untuk booking hotel melalui agoda.com. Sedia maklum, aku memang tak ada kad creadit. Tak minat nak ada walaupun layak sekalipun. Sebab mak tahu perangai mak macam mana. Jangan buat hal nak buat kad creadit. Debit card je pun okeh. Rupanya debit card aku kena aktifkan untuk penggunaan antarabangsa dulu barulah agoda.com boleh deduct akaun kita untuk pembayaran hotel. Lepas aku call Maybank untuk aktifkan penggunaan antarabangsa, terus berjaya aku bayar duit hotel. Legaaaa. Aku memang sedaya upaya nak jugak duduk hotel The Pines ni dan nak buat suprise untuk anak-anak terutamanya sempena birthday diaorang hari tu. Kira ni macam weekend getaway sempena birthday anak-anak gitu. Plan nak potong kek kat hotel. Tapi dah kelang-kabut kek pun tak beli. Hahaha. Nanti aku rajin aku cerita detail macam mana nak booking hotel guna debit card. Tapi entah bila nak cerita dalam blog ni aku tak pasti. Harap aku rajin je lah ye. Hahaha.


Ok kita terus je lah ke review hotel The Pines ni. Aku malas nak taip panjang-panjang. Pasal aku ada kerja nak buat ni sekejap lagi. Hamboi busy nampak kau Nurul. Mak memang busy dik non. Walaupun manager mak tak datang masih bercuti hari raya Chinese new year, kerja tetap kerja okeh. Kemainnn. Hahaha.

Aku booking bilik superior je kat The Pines ni. Itupun dah puas hati sebab besar dan luas okeh. Boleh main kejar-kejar lagi. Ada free breakfast untuk bilik yang aku pilih ni. Tak semua bilik free breakfast. Bilik tertentu je. Aku pilih dua single beds. Katil dia besar ok. Satu single bed boleh tidur dua orang. Ada siap sediakan satu sofa lagi. Kat sofa pun boleh tidur sebab dia macam ala-ala sofa bed gitu. Ayah aku tidur kat sofa. Sebab dia nak tidur bukak lampu. Hahaha. Ayah aku memang jenis suka tidur dalam terang gitu. Oh ye aku bawak sekali ibu dengan ayah aku. Tu aku kabo bilik ni luas. Angkut je lah berapa orang masih selesa.

Bukan setakat bilik luas, tapi ada mini bar lagi. Ada mini peti ais, ruang dapur. Cerek nak masak air panas pun disediakan. Bagi aku lengkap semuanya. Bilik air pun okeh tak kecik mana pun. Kira nice je bagi aku. Pastu selak langsir, nampak view bandar Melaka. Staff hotel ni pun peramah dan memuaskan.

Harga bilik kat The Pines ni bagi aku masih tahap yang taklah melampau harga dia macam Grand Lexis contohnya. Impian mak nak pergi Grand Lexis tapi entah bila lah. Sayang duitlah. Hahaha. Ok bilik superior yang aku duduk tu harga dia dalam RM330 per night. Campur cukai 6% dan 10% dalam RM368+ per night. Harga tinggi sikit mungkin sebab musim perayaan.. Kalau bukan musim perayaan aku ada check harga boleh dapat lagi murah dari harga yang aku dapat tu. Bagi aku masih tak melampau harga dia sebab aku memang puas hati dengan bilik dan service hotel ni.

Oh ye, kat The Pines, ada bilik yang sediakan private pool tau. Pool dia kat luar bilik. Harga kalau weekdays dalam RM350+ per night. Kalau weekend dalam RM400+ per night. Tak payah pergi Grand Lexis pun takpe. Pergi The Pines je pun boleh. Grand Lexis harga macam mencekik darah je bagi aku lingkungan RM600 - RM700+ per night gitu. Hoi mak sayang duit. Hahaha. Tapi baru-baru ni adik aku ajak pergi Grand Lexis. Kalau kongsi bayar mak okeh kot. Kedek ke apa aku ni. Bukan kedek tapi berjimat. Hahaha.

Swimming pool The Pines memang terbaik okeh. Nice view. Suasana sekeliling semua nampak moden. Senang cerita kena dengan citarasa aku. Nak fefeling cerita hindustan bergolek kat atas rumput hijau depan pool pun boleh. Serius best wei. Aku rasa aku akan repeat stay hotel ni next time. InsyaAllah. Bukan senang aku nak bagi pujian kat hotel yang pernah aku stay. Tapi kali ni memang aku bagi pujian lebih sikit. Ok jomlah layan gambar. Mak tak banyak ambil gambar. Kelang-kabutlah so ambil gambar mana dapat je. So ada antara gambar ni aku ambil dari makcik gugel. Terima kasih makcik gugel. Jom layan gambar. Zasssss







 

  

Aku malas nak letak gambar banyak-banyak. Gambar pun banyak yang blur. Kemain payah nak ambil gambar anak-anak sekarang ni. Asal ada gambar je lah. Tengok gambar bawah sekali tu. Mak kemain nak ambil gambar dengan anak. Tapi anak tak bagi kerjasama. Sama je Raina ke Raifa. Saiful pun sekarang kemain payah nak ambil gambar dia. Kadang-kadang aku ambil gambar candid je. Hahaha. Aku target lepas ni macam nak repeat hotel The Pines yang ada private pool tu. Doakanlah dilimpahi rezeki aku sekeluarga. Aku rasa happy bila tengok anak-anak aku happy sama. InsyaAllah ada rezeki bolehlah repeat hotel best ni lagi