Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, March 15, 2016

Dari Hati (9) : Dari hati seorang mak budak

Nampak tak Raina duduk kat kerusi dan yang Raifa duduk kat bawah. Kadang-kadang benda macam ni pun jadi bergaduh dua beradik ni. Bergaduh berebut kerusi contohnya. Padahal kerusi macam tu ada dua kat rumah. Tapi apa yang disakitnya hati nak jugak berebut satu kerusi tu jugak

Aku nak cerita pasal Raina dengan Raifa. Sejak kebekangan ni Raina dengan Raifa asyiklah bergaduh. Bergaduh rebut barang, Bergaduh berebut tempat duduk nak tengok tv, bergaduh berebut makanan. Senang kata ada je yang tak kena mesti nak bergaduh. Aku sampai satu tahap berfikir macam mana nak bagi diaorang ni duduk aman dua beradik.

Walaupun aku tahu, diaorang sayang antara satu sama lain sebab aku nampak bila Raina dodoikan adik dia time nak tidur, bila Raina suapkan adik dia makan, bila Raifa kongsi makan ais krim sama-sama kakak dia. Tapi keadaan tu time diaorang berbaik je. Bila bergaduh mulalah dengar masing-masing menangis. Hari-hari macam ni. Kadang-kadang ada terdetik rasa sayu kat lubuk hati aku. Sebab aku tak nak diaorang macam ni sampai ke besar. Aku nak Raina dengan Raifa bersatu tolong-menolong dan berbuat baik antara satu sama lain macam mana aku dengan adik-adik aku sekarang. Alhamdulilah aku bersyukur macam mana ayah dan ibu aku didik anak-anak diaorang sampai aku dengan adik-beradik aku rapat antara satu sama lain. Aku nak Raina dengan Raifa pun macam ni.

Apa yang aku perasan sekarang ni, Raina kuat memberontak. Lagi-lagi sejak dia dah bersekolah rendah ni. Memang ketara perangai dia bila memberontak. Biasanya aku kena gunakan cara lembut selembutnya nak pujuk Raina. Lagi-lagi bila Raina bergaduh dengan Raifa hanya pasal berebut barang contohnya. Aku sebenarnya risau takut Raina terpengaruh cara kawan-kawan kat sekolah yang tak sesuai untuk dia. Aku berharap sangat Raina dengan Raifa sentiasa jadi adik-beradik yang penuh dengan kasih sayang antara satu sama lain. Aku tulis pasal entri ni sebab pasal hal ni selalu sangat berlegar dalam kotak fikiran aku sejak kebelakangan ni. Aku  memang macam ni benda kecik-kecik pun suka fikir secara serius. Aku percaya perkara ni kena di pupuk dari mereka masih kecil lagi. Aku harap sangat aku boleh terapkan nilai-nilai yang baik dalam diri diaorang. InsyaAllah.

Monday, March 14, 2016

Untuk tahun 2016 ini


Assalamualaikum 2016. Semoga tahun 2016 ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah

Patut entri ni aku nak buat masa awal tahun hari tu. Tapi sebab sibuk dengan hal sekolah anak, hal kerja dan hal-hal lain, itu yang buat aku tertangguh-tangguh. Jadi hari ini aku cuba jugak nak tulis pasal entri ni. Aku tahu sekarang dah masuk bulan March. Dah tahap basi sangat nak cerita pasal tahun baru. Tapi aku tak peduli. Nak jugak cerita. Hahaha.

Macam biasalah, aku jarang nak cerita pasal azam baru. Bagi aku biarlah aku simpan je apa azam baru aku. Pasal mak segan. Azam pun biasa-biasa je. So simpan je lah dalam hati. Kalau tercapai, Alhamdulilah. Itu kira satu bonus pencapaian dalam hidup. Tapi biasanya aku tak adalah beriya-iya nak listkan apa azam aku. Dulu-dulu masa zaman anak dara, aku rajin jugak listkan dalam buku. Kemain panjang list azam aku. Hahaha. Tapi sekarang sejak dah jadi mak budak ni, list yang aku tulis dalam buku tu sikit je pun. Kadang-kadang aku tak tulis dalam buku tapi aku tulis dan save dalam hp atau calender.

Tahun 2016 ini, anak sulung aku, mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Aku berharap sangat Raina dapat belajar dengan lebih baik. Aku selalu pesan kat Raina, yang dia bukan budak kecil lagi macam zaman sekolah tadika. Perangai dan tingkah laku harus lebih matang. Raina sekarang dalam fasa belajar macam-macam. Kalau ada yang kita buat dia berkecil hati, merajuk atau tak puas hati mulalah dia memberontak. Memang kena banyak bersabar dengan ragam anak yang sedang membesar.

Tahun 2016 ini, aku dan Saiful decided untuk beli motor. Di zaman sekarang, apa je yang murah. Semuanya mahal kemain. Saiful pulak sekarang dah kerja kat Petaling Jaya (PJ). Sejak bulan November tahun lepas, dia kena tukar HQ Shah Alam ke branch PJ. Dari Shah Alam ke PJ, sedia maklum pagi-pagi tu jem kemain kat Federal Highway tu. Aku dah rasa semua tu masa aku kerja kat company lama kat Kelana Jaya dulu. Jadi bila Saiful cakap nak beli motor aku pun setuju je lah walaupun dalam hati ada rasa risau. Tapi dengan bawak motor boleh menjimatkan kos minyak, tol dan masa, jadi ada baiknya jugak Saiful beli motor tu.

Untuk 2016 ini jugak, aku dan Saiful buat keputusan drastik. Untuk pengetahuan korang, aku sekarang tengah sibuk dengan urusan pindah rumah. Dari akhir Februari lepas dah mula sibuk dengan hal pindah rumah ni. Tak sangka rezeki tu datang dalam keadaan yang sebenarnya kami laki bini tak berapa bersedia. Awal tahun dah banyak keluar duit. Alahai. Tapi ibu aku cakap ini rezeki jadi jangan lepaskan peluang. Aku pun bersyukur. Alhamdulilah. InsyaAllah lepas ni aku nak settlekan kereta aku pulak. Aku plan nak melobi rumah atas nama aku pulak. Slow and steady. Aku berharap semoga dipermudahkan.

Masih duduk kawasan Shah Alam. Rumah aku baru pindah ni dekat dengan sekolah agama Raina. Cuma rumah baru aku ni atas tanah lot dan suasana rumah ala-ala konsep 'rumahku kampungku' gitu. Rumah baru ni biasa-biasa je. Keluasan pun tak besar mana. Senang kata rumah ni sempoi dan simple je. Kawasan rumah pun berpasir lagi. Nantilah kalau mak rajin mak cerita. Kalau mak tak rajin mak peram je lah cerita ni sampai basi. Hahaha.
 
Jadi sekarang aku memang kelang-kabut sikit. Sabtu lepas aku pergi Pahang, jadi wakil proses merisik untuk adik bongsu aku Bani. Jadi Saiful sesorang uruskan lori pindah rumah. Malam tadi aku baru balik Shah Alam masih tidur kat rumah Bukit Rimau. Alhamdulilah dah 80% clear Saiful uruskan. Urusan kemas barang-barang aku, perabot dan segala macam hal kebanyakan Saiful yang uruskan. Aku memang tak ambil tahu sangat. Sebab aku macam blur tak tahu nak buat dari mana. Terima kasih awak.
 
Dan Alhamdulilah minggu lepas jugak, aku dan geng aku berjaya dapatkan tix murah Air Asia untuk misi hujung tahun kami nanti. Kami ada beberapa destinasi yang kami listkan. Tapi untuk permulaan ni kami mulakan dengan destinasi yang kami tetapkan dari tahun lepas lagi. Banyak cabaran. Dengan ada ahli yang tarik diri. Dengan nak yakinkan Saiful dan ahli keluarga tentang misi aku ni. Tapi semua tu tak patahkan semangat aku. Aku berharap sangat misi ni Berjaya. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah

Itu je lah antara cerita-cerita untuk permulaan tahun 2016 ini. Tak banyak cerita best nak diceritakan. Cerita aku semua biasa-biasa je. Adalah beberapa cerita baru untuk permulaan 2016 yang aku tak ceritakan kat sini. Mak segan nak cerita kat sini. Kalau ikutkan cerita-cerita kat atas tu pun aku tak nak cerita sebenarnya. Tapi macam aku pernah tulis sebelum ni, aku anggap blog aku ni macam diari hidup aku. Ada cerita tak best. Ada cerita best. Itu lumrah hidup. Mana mungkin hidup ini sentiasa best tanpa kita melalui bengkang bengkok lurus kehidupan. Kalau dah namanya manusia semuanya sama je. Ada cerita tersendiri. Cuma aku berharap sangat semoga tahun 2016 ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Itu harapan aku. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah