Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, September 20, 2016

Rambut baru Raina dan Raifa

Rambut dua beradik sebelum di potong

Sebenarnya dah lama Raina berzikir nak potong rambut. Katanya dia rimas rambut kena kat mata. Dah panjang rambut dia pun ye jugak lagi-lagi bahagian depan tu sampai kena mata dia. Pastu selalu ada adegan pepagi nak pergi sekolah menangislah, membebel kat aku kabo rambut Raina dah panjang. Susah nak pakai tudung pergi sekolah katanya. Suruh ikat rambut pun kemain payah Raina sekarang ni. Ibu aku cakap potong je lah rambut Raina tu senang nak urus pergi sekolah kalau rambut pendek. Sebab tu aku nak potong rambut Raina biar nampak kemas sikit. Asyik postpone je sebab biasa aku kalau nak potong rambut memang balik Banting potong rambut kat saloon Banting je. Kat Shah Alam tu macam tak biasa pun ye. Lagi selesa potong rambut kat saloon tempat kelahiran aku sendiri.

So last week kebetulan balik Banting, terus ajak Saiful pergi pekan Banting nak potong rambut Raina. Kemain sekarang dah pandai nak pilih potongan rambut macam mana. Nampak dah besar sangat anak dara aku ni dah ada citarasa dia sendiri.
Kemain budak kecik ni nak potong rambut jugak macam kakak dia
Rambut baru Raina
Masa amoi cina tengah potong rambut Raina tu, Raifa asyik cakap kat papa dia adik nak potong rambut jugak. Bukan tak nak potong rambut Raifa. Tapi rambut Raifa ni nipis dan pendek sejak lahir lagi. Nak potong macam mana. Budak kecik tu dah pandai merayu-rayu kat aku dengan Saiful. So kami decided potong je lah sikit rambut Raifa. Sebab nampak Raifa excited nak potong rambut bila tengok kakak dia potong rambut. 

Rambut baru dua beradik. Raifa tu sebab rambut memang dah sedia pendek so tak lah nampak ketara beza pun lepas potong rambut. Raina lepas potong rambut aku rasa ketara macam anak dara sangat


Hari ni sampai dua entri aku update. Sebab tengah tak ada mood nak buat kerja hari ni. Tu yang kemain rajin update blog hari ni

Mood bekerja makin merundum

Stress buat report


Lately apa yang aku perasan, mood bekerja aku makin merundum. Paling teruk aku rasa start bulan Julai hari tu. Masa tu company aku decided tukar semua sistem baru untuk department aku. Sistem payroll, sistem HR record dan sistem thumb print. Bayangkan sekali serentak tukar sistem. Masa tu bila manager aku tanya aku boleh atau tak boleh aku control dan handle. Aku cakap aku cuba. Sebab perangai aku suka jugak belajar benda dan perkara baru. Sekurang-kurangnya aku dapat ilmu baru.

Tapi dalam pada aku kata boleh dan cuba tu, aku gelabah ayam jugak wei. Pastu macam menyesal pulak cakap kat manager aku yang aku boleh dan cuba buat. Kenapa aku tak cakap tak naklah tukar sistem. Pakai sistem lama je senang. Kahkahkah.

Walaupun aku ada assistant baru untuk new staff yang banyak jugak tolong kerja-kerja aku lately, tapi segala report semua atas tanggungjawab aku jugak. Aku bukan buat bahagian HR saja. Tapi aku bertanggungjawab dalam payroll system. Kalau setakat 10-20 pekerja aku rasa aku boleh duduk rileks je kot. Ini beratus-ratus pekerja yang mana aku kena bertanggunjawab segala kaitan report payroll sebelum di hantar ke bahagian account. Serius aku benci sistem baru ni. Bagi aku, sistem ni agak payah untuk aku. Puas dah aku study dan explore, hasilnya sama je. Aku jadi give up.

Dan dalam sejarah masa bulan Julai yang lepas, aku kena marah teruk dengan manager aku. Bayangkan apa perasaan korang kalau seorang manager kata report aku macam 'sampah'! Meleleh air mata wei. Tapi aku tak macam dulu menangis depan orang. Aku tahan-tahan nak keluar air mata. Dalam kereta atau kat rumah baru aku menangis. Sistem semua sistem baru, report aku tak sama dengan report manual aku. Gaji dah set nak kena keluarkan sebelum 7hb. Tak ke kau menggelabah ayam. Berpeluh nak check satu-persatu mana silapnya report aku tu. 

Dalam masa yang sama, aku banyak audit nak kena settle kan. Korang ingat kerja macam aku tak ada audit. Terlalu banyak audit okeh. Audit berkait-kait semuanya. Audit pasal HR lah pasal EHS lah pasal overtime pekerja lah bla bla bla. Serius aku stress.

Memang aku dah buat kerja ni bermain dengan sistem hampir 10 tahun dari company lama. Tapi bila mana kau dah biasa dengan sistem lama dan alih-alih tukar sistem baru, pastu orang atasan akan push kau tak kiralah alasan kau  apa pun, tak ke kau jadi stress tahap tertinggi. Dalam sejarah aku rasa sepanjang aku bekerja dalam bidang ni, aku stress sampai macam ni sekali.

Dengan aku nak handle bisnes online, nak handle group kutu lagi. Aku kadang-kadang tak tahu mana aku boleh kumpul kekuatan aku, bangkit semula untuk aku terus kuat. Ikutkan aku tak kuat mana nak hadap semua benda-benda ni. Tapi nak tak nak aku kena hadap jugak. Dah namanya kehidupan.

Ada satu tahap, aku rasa aku nak berhenti kerja pastu nak cari kerja yang senang-senang yang tak banyak fikir. Tapi nak kerja apa? Kerja mana-mana pun ada tahap stressnya. Cuba banyak dengan tak banyak je lah kau rasa stress tu. Tapi dalam keadaan aku ni, aku rasa tahap stress aku dah paras hidung ni. Kahkahkah.

Aku rasa aku nak beralih angin. Tapi masih terfikir-fikir. Aku tak naklah buat keputusan terburu-buru. Harapnya aku boleh serasi dengan sistem baru tu dan masih bertahan kat sini. Kalau tak tahan sangat moh lah kita cuba beralih angin. InsyaAllah rezeki ada kat mana-mana. Yang penting usaha. Ewahhh gitu

Thursday, September 8, 2016

Entri baru setelah lama tak update

Assalamualaikum

Hai korang. Lamanya aku tak update blog. Patutnya ada entri raya ni. Biasa tiap tahun aku rajin update entri raya. Tapi ni raya pun dah habis. Dah berbulan-bulan dah lepas raya Nurul. So macam tak best je nak update entri pasal raya. Hahaha. Kita update cerita lainlah ye.

Sebenarnya aku busy sangat. Sejak aktif niaga tudung pastu aku handle group kutu cash ni kehidupan aku memang agak busy. Handle group kutu cash bukan sikit-sikit. Tapi berpuluh group whatsapp tau. Pastu entah macam mana dapat idea buat kutu perabot Ikea pulak. Sebelum buat kutu perabot Ikea tu aku dah mula aktif jadi personal shopper untuk barang Ikea dan Kaison. Nak cerita macam mana aku boleh terjebak dengan semua ni panjang sangat kisahnya. Nak taip mak malas. Nantilah kalau aku rajin aku cerita. Kalau aku tak rajin aku tak cerita sini. Kahkahkah.

Dahlah busy berniaga, kat office pun busy jugak. Sejak tukar sistem baru ni, aku memang busy sangat. Bukan setakat satu sistem kena tukar. Tapi dua sistem kena tukar sekaligus. Busy siap stress tahap tak boleh nak cakaplah. Bulan lepas aku hampir-hampir letak surat. Sebab dah tak tahan sangat dengan tahap stress yang aku hadap kat office ni. Tapi bila keadaan tu dah tenang sikit aku tak jadi letak surat. Boleh gitu? Hahaha.

Salah-satu sebab aku aktif berniaga sekarang sebab semua ni back up plan aku. Sebab aku ada plan nak letak surat jugak dari company ni. Aku rasa aku tak boleh nak adapt lah dengan sistem baru yang betul-betul menguji tahap potensi aku sepanjang aku bekerja ni. Kerja makin banyak. Audit makin banyak sejak ada sorang staff ni resign. Ada kerja dia aku kena ambil alih. Mana aku tak stress. Dahlah bukan bidang aku, pastu aku nak ambil alih kerja dia. Aku tak kisah nak belajar benda baru. Tapi bila salah aku kena marah, aku dipersalahkan, mana-mana manusia pun stress wei. Ya Allah permudahkanlah kerja aku selagi aku bekerja kat company sekarang ni.

Raina dan Raifa

Kalau nak cerita pasal anak-anak pulak, mereka macam biasalah. Raina Alhamdulilah dah mula serasi dengan hal sekolah dia. Cuma setiap kali balik sekolah petang tu dia mesti letih sangat sebab sekolah pagi dan petang kan? Macam Raifa pulak dah makin banyak mulut. Makin peramah. Dari dulu pun budak ni memang terlebih peramah. Semua orang pun dia nak hai hai. Sabau je lah aku.

Kalau ada trip ke Ikea, kadang-kadang diaorang ni ikut aku, dah faham sangat mama dia bekerja sampingan jadi personal shopper. Memula tu buat jugak perangai. Sekarang dah kurang dah. Malah diaorang rajin tolong sesama angkat barang yang ringan-ringan atau tolak sesama tolak troli. Nanti aku bagilah upah kat diaorang. Heeeee.

Ok nanti rajin aku update blog lagi ye. Aku nak siapkan report  nak submit kat HQ Samsung Malaysia ni. Target hari ni aku nak kena siapkan. Ini entri carca marba namanya ni. Janji update blog. Gittewww