Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, January 12, 2017

Entri baru untuk tahun ini

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog. Entri kali ni aku update pakai hp je ni. Sebab kat office aku sekarang dah block internet. Huwaaaaa. Panjang ceritanya. Start block internet masa aku balik dari Seoul hari tu. Aku kan cuti panjang hari tu travel.  Masuk office selepas cuti panjang tu, kolig aku kata internet kena block.  Dengar-dengar sebab bos aku dapat tahu department lain download cerita kat pc. Banyak sangat doawload cerita lah tu kot. So boss decided block internet kat semua department. Cissss.

Tapi ada masa-masa boleh bukak tau internet tu.  Maybe adalah masa-masa yang boleh nak guna internet.  Tapi aku dah tawar hati nak godek-godek bila masa-masa yang boleh tengok internet tu.  Kiranya sekarang aku kat office jadi pekerja cemerlang, kemain buat kerja bersungguh-sungguh. Ateeeee dah payah nak bukak internet. KahKahKah.

Nak cerita apa ye untuk entri ni?  Oh ye, hari tu aku sambut new year dengan BFF aku kat KLCC.  Kemain tau. Mula-mula kisahnya sambut birthday kawan aku tu. Kawan aku tu birthday dia betul-betul hujung tahun date 31 december tu. So alang-alang sambut new year teruslah kan. Saiful cakap kemain sambut New Year kat KLCC. Kenapa tak pergi kat Putrajaya je. Masa tu gedik sangat kenonon nak pi area KL. Terima kasih encik suami bagi kebenaran keluar dengan kawan-kawan.

Sebenarnya banyak cerita nak cerita ni. Tapi tak tahu nak cerita mana satu. Nak cerita pasal pengalaman aku travel kat Seoul hari tu,  nak cerita pasal hal kerja,  nak cerita pasal hal sekolah anak,  nak cerita pasal anak-anak dan macam-macamlah nak cerita. Itulah rajin sangat update blogkan? KahKahKah.

Oklah kalau rajin aku update ye.  Tak rajin aku tak update. KahKahKah. Berharap lebih rajin tahun ni update blog. Iyo lah tu Nurul

Rindu dan masih tak boleh move on kalau terkenang pasal Seoul ni tau. Selamat tahun baru semua. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.  InsyaAllah